Wcsfood
WCS

Mengenai Kami

​​
WCS Building

WCS Food Industries (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Encik Ng Kok Yong dan Pang Mei Ling yang mempunyai minat dalam pembuatan biskut tradisional.

Pada peringkat awal pertubuhan, syarikat ini merupakan sebuah kedai biskut yang hanya terdiri daripada 12 orang pekerja sahaja. Dengan mengutamakan peningkatan mutu kualiti produk, melalui penyelidikan dan pembangunan dalam perisa dan jenis kuih yang berbeza, pengurusan sumber manusia yang efektif dan berpegang teguh kepada semangat kecemerlangan, syarikat ini telah mencapai kejayaan dan kestabilannya dalam masa 15 tahun. Kini, syarikat ini mampu menghasilkan produk untuk diborongkan ke seluruh Malaysia dan memiliki kilang baru untuk menampung proses pengeluaran secara besar-besaran. Pada permulaannya, oleh disebabkan faktor tenaga kerja yang terhad, syarikat ini hanya mampu menghasilkan kira-kira 10CTN kuih dalam masa sehari. Kini, output pengeluaran kilang telah mencapai sekurang-kurangnya 250 CTN hingga 400CTN dalam masa sehari serta mempunyai 150 orang pekerja yang berkhidmat untuk syarikat.

WCS Food Industries (M) Sdn Bhd juga memainkan peranan sebagai syarikat OEM untuk pengeluaran biskut yang terkenal. Syarikat ini sentiasa patuh kepada prinsip mengutamakan mutu produk yang berkualiti tinggi supaya pelanggan terus yakin dengan hasil pengeluaran syarikat ini. Produk utama termasuklah biskut buatan tangan tahun baru, gulung telur, kuih raya Aidilfitri, kuih raya cina dan lain-lain kuih perayaan.

Selaras dengan pembangunan yang berterusan, syarikat kami mempunyai kedudukan yang penting dalam pasaran tempatan. Dengan adanya pengenalan dan penggunaan teknologi peralatan yang canggih, maka kualiti dan kuantiti pengeluaran syarikat dapat dipertingkatkan secara berterusan. Para pekerja dan pihak organisasi pentadbiran akan berusaha sedaya upaya supaya hasil pengeluaran dapat dipromosikan dan dipasarkan ke seluruh negara.



KUMPULAN KAMI